السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسمِ الله الرَّحمن الرحيم
الحمدلله
رب العالمين ، وبه نستعين، وعلى أمور الدنيا والدين، والصلاة والسلام
على سيدنا محمد أشرف الأنبياء المرسلين ، وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. أما
بعد
Pertama-tamanya, bersyukur
saya ke hadrat Allah s.w.t. kerana di atas keizinanNya serta
kurniaanNya, SK Gambut dengan ini telah mewujudkan Laman Web
Rasmi SK Gambut yang terbaru iaitu http://skgambut.2uschool.com
Terlebih dahulu, jutaan terima
kasih diucapkan kepada En. Muhamad Nazri kerana telah bertungkus-lumus
untuk menyempurnakan laman web rasmi sekolah. Semoga dengan usaha ini
akan meningkatkan lagi pencapaian sekolah dalam bidang ICT ke tahap yang
cemerlang. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru dan kakitangan
sekolah kerana memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam pembinaan
laman web ini.
Saya berharap agar semua guru,
kakitangan dan murid SK Gambut, sentiasalah melayari laman web sekolah
ini bagi sama-sama kita mengetahui berita-berita terkini tentang keadaan
sekolah.
Sekian, Wassalam.
.........................................
SAMSHIR BIN WAKIT,
GURU BESAR,
SEKOLAH KEBANGSAAN GAMBUT, SEMERAH,
BATU PAHAT, JOHOR.







